Monday, April 18, 2011

Kerana Cinta...



Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula...

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahgia biar pun sengsara
Berkorban segala-gala...

Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa merawat luka
Damai di jiwa...

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan...

Dan jangan pula kerana bercinta
Tak pun leka entah kemana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta ohh cinta ohh cinta ohh cinta...
Kerana cinta....

Cinta yang sejati...
Hanya cintakan illahi...
Cinta ayah bonda...
Tulus suci selamanya...

Cintakan saudara...
Masa berada hanya sementara...
Cinta sesama insan...
Suburkan harta ketakwaan...



No comments:

Post a Comment