Monday, April 25, 2011

My exam sem 2 was done completely...

today 25-Apr-11...

Alhamdulillah,,, akhirnya aku dah abis 8 paper utk sem 2 nie....
harap2 jwpn yg aku beri tuh betul n dpt diterima lecturer...

Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati pensyarah2 ku semasa memeriksa kertas2 exam yg telah ku buat... lembutkanlah hati mereka agar memberikanku markah kasihan...

Ya Allah, Engkau berikanlah kejayaan kepada sahabatku juga...

Terima kasih ya Allah...

I LOVE ALLAH S.W.T..... 6_^

Thursday, April 21, 2011

Kemas-kemas barang...


salam...

huhu ari nie aku nak mengemas barang2 dlm bilik nie yg punyelah byk...dh mcm org pindah umah dah...haha
baru kemas baju2 dah smpai 2-3 beg...haha byk giler...blom lg buku2 n brg2 len...
zaharah2...adoi...

nak angkot esok hari nek lori abah aku...ntah muat ke x...haha (mcm penuh je 1 lori,,, :p)
aku x maulah tgglkn brg2 kt blok nie...cam rmai sgt je org nk masukkn dlm stor tuh...

so, disebabkan aku konsiderkn org len yg umah jaoh2 tuh....baik aku angkot jea sume brg balik umah...huhu

next sem nak kurangkn segalanya...haha cam iye2 jea...:p
next sem lg byk berjlnnye...tiap mggu kuar...confirm byk punye brg...hahahahhaha

ermmm....xpelah...anyway nk angkot gak sume brg....huhu
byk pon byklah...x kira....

ahhh....dahlah nak p sambung kemas brg balik...d
actually x taw dh nk kemas cmne lg sbb byk gle brg...
pandai2 r aku....huhu

daaaa....

wassalam...

I LOVE MY SELF... 6_^


Kasih Sayang...


Umpama air yang mengalir
Sentiasa seiringan satu haluan
Itulah hakikatnya kasih sayang
Yang mekar subur di hati kita

Kasih sayang bak bunga di taman
Harus dijaga dan dibajai
Pastikan ia subur sentiasa
Agar harum harumannya dapat dirasai

Kasihlah kita sesama manusia
Seperti kasih baginda pada kita
Abadikanlah di dalam jiwa
Kerana itulah kewajipan kita

Hapuskanlah segala persengketaan
Eratkan kembali persaudaraan
Jalinkan kemesraan antara kita
Syurga abadi menanti di sana

Mari kita rapatkan ukhuwah
Kerana itulah tuntutan agama
Pasti kita akan bahagia
Hidup aman dan sejahtera


Di hati...


Di hati bersama mengembara
Tika masanya tika saatnya ku terasa
Meredah lautan kasih sinar iman yang teguh
Redup menyinar hati sanubariku

Kutabahkan hatiku dibuang berkelana
Gerimis hati terpaku sukma
Semoga hidayahNya kan terus menyinar
Penuhi alam kegelapan

Berikan kekuatan dalam mencari sinar
Di jalan ini kuhadapi duka dan sedu sepi
Bersama teman-teman harungi perjuangan
Biarpun kekurangannya ada takkan ku gundah

Kita akan bersama menempuh segalanya
Bersatu hati mendamaikan jiwa yang keluh resah
Janji patri bersama ikatan teguh setia
Berjaya menuju gerbang impian kita harapkan

Di hati kita bersama..
Di hati kita melangkah..
Jangan dipisahkan kasih bersaudara..
Jangan didendamkan ukhuwah yang terbina..

Wednesday, April 20, 2011

strati oh strati



hari ni rabu 20hb-4-11...

esok khamis 21hb-4-11...ade exam stratigraphy and marine geology...
pagi2 plak tuh...pukul 8.30 pg...huhu awalnya...

adakah aku sudah bersedia????????????

huhu alwayz r blom...plak dh keje menghafal jea strati nie...aku yg lemah bab2 nk menghafal nie
tawakal jelah...

nk hafal dlm bilik pon cm xleh jea...sbb rumate pasang lagu time org nk study...errr sabar jelah...
kdg2 tension gak nk hafal dlm bilik nie...dgn keadaan rumate x begitu hormat yea...huhu

aku strees.aku tension.aku geram....nasib baik iman ni masih kuat di dada...
so, diamkan jelah n biarkan jelah...

sok nk jwb exam tawakal jelah...huhu xtawlah cmne nnti...
nsib bek 2 jam jea...huhu byk bende kne hafal nie...

errrr.....boleh ke aku???

(aku berkata dlm diri)

zaharah....

yakin boleh yea???
kau pasti boleh buat!!!!....percaye percaye percayalah!!!....
Allah pasti bersama dgn org yg sabar...
insyaAllah...

terima kasih ya Allah...
hanya Engkau sahaja yg aku ade saat ini...
berikanlah aku kekuatan dan kuatkanlah imanku...
berikanlah aku petunjukMU ya Allah...

I LOVE ALLAH...


Monday, April 18, 2011

Untukmu...







Fikir-fikirkanlah wahai kaum adam & hawa...




1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..


~~untuk hawa.. andai mahu menerima cinta adam..
1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.. lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu..sebelum ini..wanita berhijab itu sesungguhnya mmg mulia zahir batinnya..tetapi hari ini..mereka yang bertudung barangkali hanya utk menyembunyikan kelemahan diri..begitulah juga sang lelaki..kadang-kala berkopiah..dari mata nampak sungguh alim..tetapi dlm hatinya..??siapa yang tahu.. sekadar renungan bersama..^^

By: I Love Allah SWT and Prophet Muhammad SAW

JANGAN KITA SUSAHKAN PERKARA YANG MUDAH DIBUAT!! IT IS NOT COMPLICATED!!

Kaum hawa, jgn marah...kerna sayang kaum adam berkata

Kenapa lelaki suka melihat kaum hawa???????????

Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur,

Rajin pasangannya malas,

Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah

pasangan kepada lelaki,

maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,

maka ia ada hubung kait dengan nafsu.

Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,

ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki

dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.

Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya,

maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya,

maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

TETAPI janganlah bertudung labuh kerana menginginkan kecantikan,

Perbetulkanlah niat LILLAHI TA"ALA kerana setiap amalan itu bermula dgn niat.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,

maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,

maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,

dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,

maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,

maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,

walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,

jika beliau memakai seluar, walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara spontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,

maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,

maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokin yg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,

akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,

maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan

tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,

janganlah pula kamu melihat mukanya,

kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,

maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu

apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,

jangan anggap tugas kita telah selesai,

perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2,

jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,

walau muslimah itu telah menutup aurat,

sekurang-kurangnya dia telah berusaha melakukan suruhan Allah,

insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ke taraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..

Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…

salam terbaik ummat.

Pasrah segalanya...



Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmah yang menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laluan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Ku serahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta

Kerana Engkau Maha Mengetahui
Setiap apa yang terbuku dihati...

Ya Allah, tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya allah, Engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Terasa bagai noktah yang telah ku temui
Menghakhiri segala yang telah ku mulai



Kini disini aku berdiri...
Bersama harapan yang tulus suci...
Agar terbela mentari pagi...
Setelah malam ku berkalut benci...


Kemalangan tanpa diduga...


Innalillahi wa innailaihi roji'un...
subhanallah... hanya ini shj yg mampu aku ungkapkan apabila mendengarkn kejadian faheem kemalangan di simpang jalan Reko, Kajang pada waktu petang,hari sabtu 16/4/11...
faheem ialah sahabat satu kos Geologi...
dengarnya ceritanya begini...
dalam perjalanan faheem ingin balik ke rumah selepas bermain ragbi bersama2 syukri n lain2 di padang UKM,

tanpa disedari dan malang x berbau, ketika faheem.....

kata Qayyum "dy bwk moto...paz2 tbe2 de kete nk masok simpang....mkn jln dy....n dy pon langgar la kete 2....kete 2 la slh klo ikot pe yg aq tau cter nye la stakat ni..hehehe..."

bak kata Aliff plak "dia pon xtaw cmna leh jd..sapa pon xtaw...tp yg langgaq dia keta..tp xtaw sapa yg langgaq..dia langgaq, tepon ambulan dan lari kot x salah aku..tp mak faheem kata yg langgaq tu dh repot..aku pon pening.."

menurut ape yg dilaporkan, keadaan faheem sekarang memang sgt teruk n agak menyedihkan jugak jika kte tgk gambar die yg tgh kritikal...
kaki patah, tgn patah, muka luka jahit sana sini,pinggul dislocate dan lutut kakinya dimasukkan besi... subhanallah...itulah yg mampu aku katakan...

kata2 semangat buat Faheem...
klo Allah nak perkara tu terjadi, ia tetap akan terjadi tidak kira waktu dan tempat,
namun begitu, setiap yg Allah timpakan itu pasti ade hikmah disebaliknya....
percayalah bahawa Allah timpakan dugaan kpd setiap insan itu kerana Dia sayangkan hambanya...
Dia timpakan dugaan kerana ingin mengingatkan dan menyedarkan kte kembali atas setiap dosa yg kte pernah lakukan jd dugaan ini adalah sbg satu kifarah dosa, pelepasan dosa yg pernah dilakukan...

selepas kejadian ini, jgnlah dikau berasa rendah diri, lemah semangat kerana dikau masih punye ibu bapa serta sahabat2 yang masih sayangkan dikau...

oleh itu, kami semua berharap agar dikau mampu bangkit dr lena n lawan setiap dugaanNya dgn tabah...percayalah Allah sayangkan hambanya yg tabah hadapi dugaanNya...

kami semua hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar dikau cepat sembuh...
smoga Allah perkenankan doa2 kami semua... amin...

PEACE NO WAR!!! 6_^

Kerana Cinta...



Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula...

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahgia biar pun sengsara
Berkorban segala-gala...

Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa merawat luka
Damai di jiwa...

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan...

Dan jangan pula kerana bercinta
Tak pun leka entah kemana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama

Cinta ohh cinta ohh cinta ohh cinta...
Kerana cinta....

Cinta yang sejati...
Hanya cintakan illahi...
Cinta ayah bonda...
Tulus suci selamanya...

Cintakan saudara...
Masa berada hanya sementara...
Cinta sesama insan...
Suburkan harta ketakwaan...



Aku punya satu cinta...








Match Badminton Geologi (19-mac-2011)

haha time ni aku jd peserta single...dpt tmpt ketiga jea...haha
xpelah kan...pengalaman katekn...rileks2 sudey...haha :p








Dinner Geology (13-mac-2011)


Time ni aku, dalila, nadia, amirah n diana datang lambat ke dinner....haha

Al-maklumlah bru balik dr Pangkor terus bekejar ke dewan GMI, bangi...
sampai kolej kol 8.20mlm n kne bersiap selama 10 minit je sbb senior amik naik kete kol 8.30 mlm...yelah dh janji soh senior tuh amik...nasib baik die baik...klo tak , tak pergilah jawabnye ke dinner tuh...huhu

masuk2 dlm dewan lecturer bg sedikit taklimat...haha sume dak junior geologist tgk...
buat selamba sudey...huhuhu

nasib baiklah layanan bagos n mknn sedap2... bolehlah...

kitorg plak dah sampai lambat pastu balik cepat lak...haha tangkap gambar sekeping cukup n teros bla...penat kot... bru balik dr pangkor ngn wt latihan silat kt sne tros pi dinner lak...

penat2...huhu





Sunday, April 17, 2011

geomof oh geomof...

18-Apr-11

huhu nk menangis, nk menjerit, nk meloncat sume ade bercampur baur dlm diri ku ni....
aku xdpt nk jwb geomof dgn sempurnanya...maaf Dr. Anizan yg tersenyum shj melihatkn aku n pelajarnya menjawab soalannya yg sebenarnya senang...
tp,,,,,
aku x tahulah knape xleh jwb n aku tgk kwn2 aku yg len pon terkial2 nk jwb soalan...hmmm
aku plak dh duduk barisan kedua belakang Hafiz dr depan...depan lecturer2, depan Dr. Anizan, dekat ngn pintu...asyik nampak pengawas ke hulu ke hilir kt depan tuh...err geram pon ade nk marah pon ade...menggangu kosentrasi org nk jwb exam jea...ish3...
then kt bhgian btol2 atas dpn aku duduk uh, ade lecturer yg siap dok mkn2 lg...plak dh perut aku ni tgh lapar time jwb exam td...ish3...xpelah lecturer kn...huhu

banyak jwpn yg aku x brape pasti btol ke x...n aku harap betul n boleh diterima pkai r jwpn uh dgn ade jwb bhs BI n BM....haha
harap Dr. Anizan faham n bg markah kesian kt aku ke...huhu

pasni exam stratigrafi dan geologi samudera ari khamis 21/4....plak dh x bce ape lg n nsib bek ade mase lg 2 ari sblom exam...arap aku dpt prepare ngn baiklah...aku xnk dpt fail n kne mengulang lg...mid sem dh teruk, so tok final jgn bg terok ye zaharah!!! huhu chaiyok3...aja2 fighting!!!

PEACE NO WAR!!!! 6_^

Kisah Benar Solat Jemaah

Berjalan menuju solat berjemaah di masjid merupakan salah satu cara memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Hal itu didasarkan pada firman Allah (lihat kitab Tuhfatu al-Ahwadzi bi Syarhi Jami' at-Turmudzi, IX/104);

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." - QS. An-Nahl: 97

Ini adalah kisah benar dari daerah Bekasi, Jawa Barat.

Seorang lelaki bernama Haris (bukan nama sebenar) adalah dahulunya seorang pemuda yang jarang solat berjemaah di masjid.

Dia ke masjid hanya untuk solat Jumat atau solat di Hari Raya.

Malah dia dulu dikenali dengan panggilan 'Playboy'. Setiap tahun dia berganti pasangan. Dia juga dahulu bermain muzik (drummer).

Tidak pula memperhatikan sunnah Rasul. Padahal dia adalah anak Pak Haji dan Ketua majlis keamanan Masjid di perumahannya.

Baru ketika dia belajar, hidayah Allah menggiringnya untuk melakukan solat zohor berjemaah di masjid kampusnya.

Setelah selesai solat, ada tazkirah yang didengar Haris. Pemberi tazkirah itu menyebutkan hadits Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah shalat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak."-Shahih Muslim, V/160

Sejak saat itulah Haris mulai memikirkan apa yang sebenarnya terkandung di dalamnya sehingga Rasulullah bersabda manusia akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.

Haris pun mulai melaksanakan solat Isyak berjemaah di masjid malam harinya, dan dilanjutkan dengan Subuh berjemaah di masjid dekat rumahnya untuk mencuba merasakan apa yang sebenarnya dimaksudkan Nabi.

Selalu terlindung dari musibah

Haris ketika itu masih belajar di jurusan sastera Inggeris.

Setiap kali setelah dia pulang kuliah, dia mengajar kelas tuisyen kepada anak-anak kecil maupun orang dewasa.

Hampir lulus ijazah pertama, dia sudah ditawarkan pekerjaan melalui panggilan telefon dari sebuah syarikat untuk menjadi wartawan.

Haris mulai merenungkan apakah ini yang dimaksud manfaat dari solat Isyak dan Subuh berjemaah di masjid, rezeki begitu mudah diraih tanpa susah-susah mencari sedangkan banyak temannya yang mencari ke mana-mana tapi tidak diterima.

Akhirnya Haris lulus ijazah dan sempat menjadi wartawan di syarikat tersebut.

Tetapi pekerjaan menjadi wartawan tidak menentu waktunya.

Hari Sabtu dan Minggu harus bersedia untuk dipanggil bekerja. Pulang dari kerja selalu lewat. Haris jadi jarang solat Isyak di masjid.

Waktu subuh dia perlu bertolak ke tempat kerja agar tidak terlewat.

Sejak itu pula dia mula meninggalkan kebiasaannya mendengar dan bermain muzik.

Semuanya terlalu memenatkan dan tidak sesuai dengan jiwa Haris yang terbiasa mengajar.

Kalau sudah kepenatan, dia sering mengantuk ketika menunggang motor.

Dia bernasib baik kerana Allah masih menjaganya walaupun Haris mulai leka dalam melaksanakan solat berjemaah di masjid kerana pekerjaannya itu. Allah sedang mengujinya.

Harris pun keluar kerja agar tidak terlalu penat, boleh berjamaah di masjid, dan berniat memulakan perniagaan sendiri.

Buat Si Dia...

بسم الله الرحمن الرحيم

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatku begitu berani mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah aku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa pun. Apalagi mencurahkan sesuatu yang hanya aku khususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati & cintaku, membuatku tersedar dari lenaku yang panjang.

Ibu telah mendidikku semenjak kecil agar menjaga maruah & mahkota diriku kerana Allah Ta’ala telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga & mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil-alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu. Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku dari lelaki manapun kerana aku tidak mahu membelakangimu.

Aku menghalang diriku dari mengenali lelaki manapun kerana aku tidak mahu mengenal lelaki lain selainmu, apalagi memahami mereka. Kerana itulah aku sekuat ‘kodrat yang lemah ini’ membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih suka berada di rumah kerana rumah itu tempat yang terbaik buat sorang perempuan. Aku sering merasa tidak selamat dari diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap kaummu, tetapi lebih baik aku berwaspada kerana contoh banyak di depan mata.

Aku palingkan wajahku dari lelaki yang asyik memperhatikan diriku atau cuba merayuku. Aku sedaya mungkin melarikan pandanganku dari lelaki ajnabi (asing) kerana Saidatina Aisyah (radhiallahu ‘anha) pernah berpesan,

“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang & tidak dipandang oleh lelaki”

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah Ta’ala kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki & menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah Ta’ala. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah Ta’ala telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi & disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah Ta’ala telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati & perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah Ta’ala saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf (‘alaihisallam), juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman (‘alaihisallam), atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad (shalallahu ‘alaihi wasallam) yang mampu mendebarkan hati juataan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah Ta’ala pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah Ta’ala. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dimubazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah Ta’ala tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah Ta’ala dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku keringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai Allah Ta’ala dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah Ta’ala, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di Syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan mahramnya. Cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah Ta’ala.

“Peliharalah diri & jaga kesucian

lagi2 exam

16 april 2011

hari ni aq wt study group ngn diana,nadia,fatimah,fazdliana dan nadia sayangi... haha kate je nk wt kol 10 pg tp kol 10pg bru nk bergerak n sempat lg p sarapan kt UO ngan diana n fatimah smpai 10.30pg...

pd waktu tu hujan lebat n sume nk p PMFST tp malangnye tutup plak...
tp...ble dh lame2 ade pon orang yg bukak, then kitorg pon masok r n study kt dlm...

ingt nk tros bentang tp Faz yg kne bentang dulu katenya x bace lg...
so, kitorg tggu die bersedia...dlm kol 12tghari, bru stat dgn tajuk eolian geomorfologi...dlm kol 1.15 bru blaja separuh tajuk tuh...then kitorg break dulu p mkn n solat..
dlm kol 2.30 bru smbung balik...lepas Faz bentang, nadia sayangi plak n sterosnya fatimah then nadia...tp nadia sambung esok..
bru cover 3 tajok td smpaai kol 4.30 je...sok sambung lg smpai abis...insyaallah...

then kitorg p pasar malam Bangi dlm kol 6 ptg nek bus mini berhimpit2...huhu rimas tol..
sampai2 kt pasar terserempak ngn mahira,athirah,tuan n aliff lak...haha

kitorg blik dlm kol 7.05 nek bus n smpai dlm kol 7.20 mlm...bus xde dh nk balik kkm...so, p singgah kajai, bilik nadia jap tumpang solat maghrib...dlm kol 8 trun nk nek bus mulanya...tp, bus zon 3 xde, zon 6K/6Z je ade..aq x taw so x naiklah bus tuh dlm kol 8.40 cmtu dgn harapan adelah bus zon 3...tp malangnya xde lak...adoi menyesal x nek bus zon 6K td...then dlm kol 9 lbih, bus zon 6k/6z yg same...huhu pemandu pon same ngn first td...ahh...lantak r, nek jelah...haha
round2 satu ukm then bru smpai kolej n bilik dlm kol 9.35 mlm...

huhu penat3...smpai2 blik rehat jap,then mandi n solat isyak...
huhu study geomorf jap tok bentang sok...

sekian,,,wassalam

PEACE NO WAR!!! HEHE ^_^

Friday, April 15, 2011

Hari2 exam

15 April 2011

huhu...exam kimia td byk yg aku xleh jwb...cmne nie...tp aku tetap penuhkn jwpn jugak...
ntah pape je jwpn yg aku mengarotkn...harap btol r...harap2 lecturer bg markah kecian kt aku...huhu
equation reaction die r yg aku x taw wt tok bhgian B tuh...tp, bhgian A yg soalan 10 terakhir tuh aku lglah x bace langsong bab tuh...huu men tembak je jwpn...nasib jwpn pilihan...klo esei?mampus aku...huhu

However, Alhamdulillah dh abis 5 paper n tggl 3 paper lg...
huhu apalah bakal2 soalan yg akan kluar nnti tok geomorfologi n stratigrafi...
aku takot...tp aku lebih takotkn Allah s.w.t...

Ya Allah, Kau kuatkanlah imanku, kuatkanlah semangat aku tok study dgn keikhlasan n Kau berkatikanlah setiap pelajaran yg aku pelajari...
Amin Ya Robb...

PEACE NO WAR!!! ^_^

Wednesday, April 13, 2011

Exam sem 2

13 april 2011

woow...this is my 1st time to write this blog.
Actually, dah lame nk karang blog ni tapi asyik xde mase je...huhu

Oklah...straight to da point...

Mggu ni exam sem 2 di Ukm... dah abis 4 paper....fuhhh... tp ade lg 4 paper...giler ahh...
However, Alhamdulillah dapatlah jugak jwb exam Mineralogi dan Paleontogi (amali n teori)...
Harapnya dapatlah score...klo x dpt pun mgkin ade hikmah yg Allah nk bg...

Pada sem lepas dpt 2.95 n sem ni berniat nk tingkatkn jd 3 above sekurang2nya...
InsyaALLAH...huhu

HOPE I WILL SCORE MORE THIS 2ND SEM... INSYAALLAH...

PEACE NO WAR! ^_^