Saturday, June 28, 2014

Temuduga GiatMara

Assalamu'alaikum...

Entry kali ini adalah pengalaman temuduga GiatMara...

Saya sengaja ingin berkongsi kerana tidak ramai yang menulis mengenai entry ini...

First of all, Alhamdulillah saya diterima untuk mengikuti Kursus Menjahit (Fashion and Dressmaking, FnD) di GiatMara untuk sesi bulan Julai 2014.

Saya telah ditemuduga pada 19 Jun 2014 dan Alhamdulillah guru pengajar yang menemuduga saya terus memberikan jawapan bahawa saya BERJAYA DITERIMA pada waktu ketika itu juga.

Saya bersyukur sangat kerana saya diberi peluang untuk mempelajari bidang jahitan dengan lebih mendalam.
Sebenarnya sejak dari kecil saya berminat menjahit tetapi tidak berpeluang lagi untuk belajar dalam kursus ini kerana saya ditawarkan memasuki Matrikulasi (2009-2010) selepas SPM kemudian melanjutkan pelajaran di UKM dalam bidang Sarjana Muda Sains Geology (2010-2013) pula.

Sebelum saya memberi sedikit soalan yang ditanya, saya ingin memberitahu bahawa tempat yang saya minta adalah di GIATMARA SERDANG...

Okay, antara soalan yang ditanya cuma berkaitan dengan diri sendiri dan keluarga.
1) Nama
2) Umur
3) Adik Beradik
4) Pekerjaan ibu bapa
5) Pendapatan ibu bapa
6) Pengalaman bekerja/ tiada?
7) Kenapa minta GiatMara?
8) Apa yang anda tahu mengenai GiatMara?

Soalan-soalan yang mudah sahaja kan?
Semoga berjaya... ^_^

Saya berharap saya mendapat ilmu yang banyak mengenai kursus ini...
Semoga saya dapat menjejaki kemahiran jahitan mak saya... heheeh sebenarnya dulu mak saya tukang jahit tetapi sekarang sudah tua tak larat dan tak ingat untuk mengajar anaknya ini...huhu so, kenalah menimba ilmu di GiatMara...

Mula Bulan Julai ini, Bulan Ramadhan... Start masuk pukul 7.30 pagi sampai 4.15 petang... huhuhu

Oklah, sampai sini dulu entry mengenai jahitan ini...
InsyaAllah ada masa saya kongsi apa yang saya belajar...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN... ^_^
SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA...
AMIN...


PEACE NO WAR... ^_^
Wassalam.