Thursday, February 6, 2014

Berakhirnya tahun 2013

Jun 2013


Alhamdulillah telah habis menamatkan peperiksaan terakhir dan pembentangan Tesis sepanjang pengajian prasiswazah di UKM 2010-2013.

Hari terakhir peperiksaan 21 Jun 2013 (Bersama partner tesis)

Aku bersyukur dan berpuas hati dengan hasil projek yang telah aku laksanakan sepanjang di tahun 3, malah aku telah ditawarkan untuk membentangkan hasil aku di Geoheritage Malaysian-Indonesia Conference 2013.

Mesti korang tertanya2 apa tajuk tesis aku kan?


Tadaa.....

Inilah Tajuk Tesis aku...huhu aku ada cerita serba sedikit pada post yg lalu...


Muka gembira dah siap jilid dan nak hantar kat Dr Zaiton (28 Jun 2013)


1 Julai 2013 hingga 6 September 2013


Aku telah menjalani Latihan Industri di Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan di Shah Alam bersama 6 orang sahabat UKM yang lain dan 4 orang sahabat UMS.
Tiada apa yang menarik sangat menjalani Latihan di sini kerana tiada banyak aktiviti yang dilakukan disebabkan bulan puasa dan hari raya.

Tetapi apa yang sempat aku timba pengalaman adalah berpeluang membuat laporan projek di Gulau, Sik, Kedah bersama company lain. Aku ditugaskan bersama 2 orang sahabat UMS untuk membuat analisis potensi kegagalan cerun dengan menggunakan perisian Dips dan stereonet.


Sambutan Hari Raya Puasa di JMG 27 Ogos 2013

Selain itu, kami semua berpeluang membuat kerja lapangan dan membuat analisis cerun bekas lombong dalam kawasan ALIM (Akademik  Latihan Inovasi dan Motivasi) di Jugra, Banting, Selangor. Pegawai JMG belanja kami makan durian di situ dan membawa kami naik bukit penara, Jugra - tempat pragliding di situ. huhu cantik sangat permandangan.


 AKADEMIK LATIHAN INOVASI DAN MOTIVASI (ALIM)

 Permandangan di atas Bukit Jugra... Nampak Sg Klang yang besar...


4 Oktober 2013 - 6 Oktober 2013

Aku pergi 8th Malaysia Geoheritage Conference & 6th Indonesia-Malaysia Joint Geoheritage Conference 2013 di Kuantan, Pahang. Bertolak naik bas UKM bersama peserta yang lain dan tinggal di Grand City Hotel, Kuantan.


 Grand City Hotel, Kuantan, Pahang


 Pada keesokan harinya, aku berpeluang melawat Muzium Sungai Lembing sekali lagi, kali pertama memasuki Terowong Sungai Lembing dengan menaiki train, Pantai Batu Hitam dan Pantai Teluk Cempedak...


  


 
Pantai Batu Hitam
Pantai Teluk Cempedak
Pada keesokannya pula, 6 Oktober 2013 adalah harinya untuk mendengar pembentangan dari pensyarah-pensyarah, pengkaji geologi dari malaysia dan Indonesia. Ia dilakukan di dalam M.S Garden Hotel, Kuantan, Pahang. Terdapat yang melakukan pembentangan secara power point dan ada juga secara poster. Aku melakukan pembentangan poster sahaja. 


Tajuk Poster aku adalah "Bukit Chondong: Tapak Warisan Perlis".
Tujuan poster ini dibentangkan kerana untuk memelihara fosil yang sangat penting terdapat di Bukit Chondong yang boleh menunjukkan usia stratigrafi tanah Malaysia di bahagian utara.



Pada malamnya, diadakan Majlis Makan Malam di M.S. Garden Hotel... Lepas tu terus balik rumah abg kat Kuantan...huhu Abg yg amik... :p








 7 Oktober 2013 - 11 Oktober 2013

 Aku duk umah abg aku... Saja2 duk umah dia...haha sementara nak balik sekali ngan diorang hari Jumaat... Duk umah dia macam duk kat umah sendiri gak... huhu main ngn Harraz... Hari last abg jai belanja makan ikan bakar... itu je.. tak jalan mana pun...

 



29 Oktober 2013

Alhamdulillah akhirnya sampai juga hari Graduation sebagai pelajar Geologi. 

                               

Ijazah Sarjana Muda Sains Geologi dengan kepujian. (cgpa 3.33)





4 November 2013 - 27 Disember 2013

Aku kerja sementara sebagai Zupervisor dekat Kidzania Kuala Lumpur, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Aku kerja full time, cuti sehari je seminggu. Aku pergi kerja naik kereta kancil Kak Ipar aku... Dia bagi pinjam, huhu...

Kerja time cuti sekolah buka 2 sesi, pagi dan petang. tiap hari kena tukar shift samada jaga pagi atau petang. Masa kerja tak boleh bawa fon langsung...huhu penat kerja dia... Duk cakap2 tak henti sampai hilang suara aku... 

Aku jaga dekat District 2... Aku dah pernah jaga Z-Mart Supermarket, Construction Site, Window Washing, Honda Driving License, BHPetrol Services Station, Driving Street, Sushi King Sushi Bar dan Ayam Brand Cooking School... huhu dalam masa dua bulan dah hampir suma establishment kat district 2 aku dah pernah jaga... Untuk pengetahuan korang dalam district 2 ni ada 13 establishment taw... Establishment yang aku tak pernah jaga ialah House Painting, Car Dealership, Auto Repair, Alliance, dan Tenaga Nasional Berhad(Tnb).

Aku nak tunjukkan gambar pun kat dalam tu pekerja tak dibenarkan membawa fon dan mengambil gambar di dalam park...

Setakat aku pernah jaga situ, aku pernah nampak Nora Danish dan Johan Raja Lawak bawak anak dia...huhu


Oklah... ini sahaja pengakhiran cerita aku pada tahun 2013...

Terima kasih membaca...

Peace Yooo...

Assalamu'alaikum... ^_^